Iklan Pilihan

Friday, 26 February 2016

Pengalaman Bersalin Anak Yang ketiga

Assalamualaikum..



Kali ni saja jer nak cerita dan kongsikan pengalaman bersalinkan anak yang ketiga, 4 bulan yang lepas. 4 bulan yang lepas tu..betapa lamanya nak buat karangan..haha. Ok lah sebenarnya pengalaman ni lebih kepada kenangan untuk diri sendiri, lepas2 ni boleh baca balik kalau rasa dah lupa macamna pengalaman sakit bersalin tu kan. Iyelah, pengalaman bersalin setiap orang berbeza-beza. Dan macam saya ni setiap episod bersalin lain-lain ceritanya. Mana sama kan sakit bersalin anak pertama, kedua, dan seterusnya. Sebab itulah perangai setiap anak-anak kita pun berbeza tau. (Pengalaman bersalin anak pertama, Pengalaman bersalin anak kedua)

Tanggal 22 September 2015 yang lepas, saya selamat melahirkan anak ketiga saya, iaitu puteri sulong dalam keluarga kami. Aisyah Humaira nama diberi. Aisyah lahir pada hari wukuf, sehari sebelum raya haji. Seperti abang yang sebelum ni, kami memilih untuk bersalin di Wisma Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Sungai Petani atau lebih dikenali dengan Klinik Pakar Dr. Zainol & Ram. Kali ni saya memilih Doktor Siti Rohayu. Memang seawal check up dari kandungan berusia 5 bulan lagi saya dah berulang alik datang check up kat sini. Untuk pengetahuan dekat sini ada 2 orang doktor perempuan islam, pakar O&G (Dr. Siti Rohayu & Dr. Hayati). Doktor Zainol dan Ram yang sebelum ni dah bersara. Saya memilih untuk bersalin dengan Dr Rohayu. Dr. Rohayu ni sangatlah baik, cara cakap, cara dia chek sangat lembut dan puas hati sangat lah. recommend sangat sesiapa yang nak bersalin sini..hehe

Masak kandungan saya dh masuk 38w++, doktor ada pesan suruh datang check up sebab doc nak cek kedudukan kepala baby kat bawah (dr. nak seluk). Malam sebelum tu memang saya rasa dah lain macam. Tidur memang tak lena dah la kan bila last-last pregnant macamni. Risau dan dok tunggu jugak kot-kot ada keluar tanda tapi sampai keesokannya tiada sebarang tanda lagi. Kebetulan hari tu pergi check up, Dr. seluk cek laluan, doktor cakap rahim dah lembut dan macam bukak 1cm macamtu. Doc bagi balik rumah dulu dan suruh datang pulak keesokannya, doktor cakap kalau takdak tanda lagi akan diinduce. Risau jugak bila dengar perkataan induce, tapi bagi saya induce biasa je macam sakit bersalin yang normal sebab anak pertama dulu pun saya induce.

21/9/2015 @ 8am

Saya datang 'serah diri' sebab dari semalam still takda tanda lagi. Jadi pagi tu Dr. Rahayu cek dan masukkan ubat induce. Lepas 3 jam doc akan datang cek semula nak tengok sama ada ada bukaan atau tak. Saya dan suami masuk bilik, rilek-rilek makan2 dulu. Lepas 3 jam dah mula rasa sakit-sakit manja, doktor cek baru 3cm. dan doktor pesan tak boleh keluar kemana-mana lagi dah, hanya boleh jalan2 dalam wad tu je. Lepas Asar je saya rasa contraction macam makin kuat. Setiap 15minit. Tapi still boleh tahan, gelak-gelak lagi sakit ni. Petang tu pun anak2 ada datang dengan tok n wan sampai lah lepas magrib baru diorang balik. Tinggal lah suami je yang teman. Sejam sekali memang nurse akan datang cek contraction malam tu pun diorang cek bukaan tapi still takda perubahan lagi cuma 3cm. Ya saya mengaku memang sakit ni tak kuat sangat lagi..kiranya saya boleh tahan, jalan2, gelak2 lagi la. Kalau betul2 sakit dah kuat memang takkan mampu bercakap dah kot, berzikir je. Suami syak tengah malam atau jam 2/3 nanti mesti bersalin. Saya pun memang agak macamtu jugak, sebab memang dah tak lena tidur dok menahan sakit contraction. Jeles sangat tengok suami  tidur siap berdengkur lagi kat sofa sebelah, huhu. Sesekali suami terjaga tanya kot2 saya dah tak tahan sakit, sambil urut2 perut dan pinggang saya time contraction tu

Tapi entah macamana lebih kurang jam 3 pagi macamtu, kebetulan pulak hujan lebat malam tu. Saya boleh tidur nyenyak sampai tak sedar. Sedar2 je dah subuh. Pas solat terus cakap dekat suami "eh semalam sakit kuat awat pagi ni dah tak sakit ek? baby pun senyap je ni" saya memang risau la. Suami terus panggil nurse datang cek. Nurse cakap jantung baby semua ok, mungkin dia tido kot. Pelik pulak sebab malam tadi sakit makin kuat tiba-tiba pagi ni ok pulak. Nurse suruh breakfast dulu lepastu masuk labor room untuk buat ctg dan cek laluan. Doktor datang cek dia cakap bukaan masih dalam 3-4cm macamtu. Contraction ada tapi tak betul2 kuat. Ada sorang nurse temankan saya dalam bilik tu, siap bukak tv lagi. Tapi dah rasa sakit2 macamni dah takdak mood nak tengok. Dalam fikiran ingat nak bersalin jer cepat2. Contraction masih boleh tahan lagi. Sampai suami datang masuk pun dia cakap saya kuat sebab dia tengok macam rilek je tahan sakit. Malas lah nak tunjuk kan..haha. Setiap kali sakit contraction datang dan perut mengeras, nurse akan usap2 perut saya. memang rasa lega je bila nurse tu gosok2. Memang baik sangat nurse2 kat sini tau.

Lebih kurang jam 12 doktor datang lagi dan still takdak perubahan lagi, sakit pun tak kuat sangat. Jadi doktor bagitahu saya n suami doktor akan pecahkan air ketuban, sebab dah melebihi 24 jam tapi contraction tak kuat lagi doktor kata risau baby akan stress. Doktor cakap dalam tempoh 2 jam lepas ni kalau bukaan still sama lagi mungkin saya akan dibedah. Saya yang dengar je perkataan nak diczer terus cuak la. Tak pernah nak czer, takut sangat time tu. Selepas air ketuban dipecahkan Doktor bagi tempoh 2 jam, pukul 2 dia datang balik. Saya dalam hati berzikir berdoa supaya ada rezeki untuk bersalin normal. Suami pun terus keluar pergi surau buat solat hajat. Elok ja setengah jam lepas suami keluar, saya dah mula rasa sakit yang makin lama makin kuat..kuat..kuat..memang tak tahan sangat sakit dekat pinggang rasa macam nak tercabut.Nurse tanya jugak kalau-kalau nak ubat tahan sakit, tapi saya taknak. Nak cuba neutral konon2..heh. Sebab masa anak kedua saya amik ubat tahan sakit, kesannya kita akan rasa mengantuk lepas bersalin tu. Lepastu saya bagitau kat nurse tak tahan sangat rasa macam nak berak. Nurse terus cek laluan. Dengar dia cakap..4..5..6..7..8.. dah bukak 8cm nih. Terus call panggil doktor masuk. Semua nurse dah ready, doktor suruh push dengan sekuat hati. Alhamdulillah push yang kedua zuppp terasa baby keluar. Doktor angkat suruh saya cakap jantina baby. Alhamdulillah memang perempuan, 3.05kg..syukur. Doktor letakkan diatas dada saya, sementara proses uri keluar. Kemudian nurse ambil baby sementara doktor proses jahit. Doktor cakap jahit dalam jer, dan jahit yang pecah sendiri bukan sebab digunting. Sikit sangat koyakannya doktor cakap. Alhamdulillah Allah Maha Mendengar dan permudahkan segalanya.


Pantas sangat sampai suami pun tak sempat nak masuk tengok2 dah selamat bersalin. Suami siap cakap lagi, 'abang dok tunggu jugak doktor panggil ingatkot ayang kena operate" huhu. Tengok2 isteri dia ni keluar dah..hehe. Suami pun pergi ambil baby dan terus azan iqamatkan. Lepas tu bagi balik kat nurse sebab baby sejuk lagi, kena panaskan dulu katanya. Dekat sini baby semua nurse yang jagakan dalam nursery, time menyusu je diorang akan hantar. Setengah jam lepastu terus tetamu datang melawat. Alhamdulillah saya pun cergas elok, tak mengantuk dan letih pun. Tak rasa nak rehat, nak tidur pun. Alhamdulillah bersalin kali ni saya rasa sangat kuat, tanpa drip, tanpa ubat tahan sakit dan tiada koyakan.

Pagi esokknya doktor datang cek, alhamdulillah semua ok petang tu dah boleh balik sebab esoknya dan nak raya haji. Ikutkan pakej bersalin situ kena stay 1 malam lagi (3hr 2mlm) tp sebab nak raya, baby dan ibu pun takdak masalah doktor bagi balik awal. Alhamdulillah..alhamdulillah. Seronok sangat bersalin ni sebenarnya. Memang sakit bersalin tak boleh tahan kesakitannya tapi bila dah tengok muka baby terus hilang semua rasa sakit tu. Sakit yang tak pernah serik. Rasa nak mengandung n bersalin lagi..ooopppss!! haha

Terima kasih Dr. Siti Rohayu, Terima kasih semua nurse-nurse dekat sini. Layanan dan kerjasama memang terbaik :)










::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Thursday, 10 September 2015

Kenapa Terjadinya Sembelit Ketika Hamil

Assalamualaikum..

Saya pasti rata-rata ibu yang hamil mesti dan akan alami sembelit kan? Begitu juga saya, pernah mengalami sembelit semasa hamil. Itupun semasa mengandung anak pertama dan kedua, masa tu saya belum betul-betul kenal Shaklee lagi. Tetapi apabila mengandungkan anak ketiga ni saya langsung tak sembelit tau. Sebabnya mengandung kali ini memang saya ambil full set hamil dari shaklee. Misi dekat klinik dah bagitahu, bila kamu makan ubat klinik ni, najis akan jadi kehitaman dan kamu akan sembelit. Jadi misi sarankan supaya makan lebih buah-buahan dan sayuran serta minum air masak yang banyak. Saya hanya mengangguk jer :)

sembelit ketika hamil

Kenapa Ibu Hamil Selalu Sembelit?

Masalah sembelit ni biasanya disebabkan oleh uterus ibu yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman. Sesetengah supplemen zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk. Memang tak selesa lah kan bila susah nak membuang ni. Hanya yang pernah alami sahaja tahu betapa seksanya..huhu.

Jadi saya akan kongsikan beberapa perkara yang ibu-ibu boleh lakukan untuk mengurangkan sembelit ketika hamil ini.

  • Disiplinkan diri untuk membuang air besar seawal pagi. Ia tentu akan menjadi amalan yang biasa jika kita sudah membiasakan untuk membuang air besar setiap hari.
  • Minum segelas air suam sebaik bangun dari tidur. Ia memudahkan untuk anda membuang najis.
  • Pastikan minum air lapan gelas sehari untuk membuatkan lebih lawas.
  • Makan makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Amalkan minum jus prun kerana ia dipercayai memudahkan pengeluaran najis
  • Rajin bersenam seperti banyak berjalan, senaman yoga kerana ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan sembelit,malah badan akan berasa lebih cergas dan sihat.

Masalah sembelit sebenarnya tidaklah mengundang bahaya cumanya kita risau akan jadi buasir pula bila kerap meneran untuk membuang ni kan. Macam saya, saya mengamalkan ostematrix dari shaklee untuk melawaskan pembuangan saya. Sepanjang pregnant anak ketiga ni saya langsung tak alami sembelit, kadang membuang dua tiga kali lagi sehari. Setiap malam sebelum tidur saya akan mengambil 4 biji ostematrix. Bangun pagi-pagi keesokannya comfirm akan ke tandas..hehe

Ostematrix mengurangkan sembelit

Khasiat Ostematrix
  • Bebas dari bengkak kaki dan sembab ketika hamil
  • Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membantu dalam masalah gastrik
  • Membantu melegakan sembelit
  • Membantu masalah kolesterol
  • Melegakan sakit-sakit sendi
  • Membantu melembutkan najis
  • Membantu masalah buasir
  • Meringankan stress
  • Melegakan sakit ketika haid
  • Membantu mengurangkan sakit belakang
  • Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu mengatasi migrain

Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
- See more at: http://www.amalinaahmad.com/2014/11/rapat-dengan-ayah-boleh-membuatkan-iq.html#sthash.xTDO0mDb.dpuf
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
- See more at: http://www.amalinaahmad.com/2014/11/rapat-dengan-ayah-boleh-membuatkan-iq.html#sthash.mbBqFL6j.dpuf

Nak jimat dan dapatkan harga diskaun 15-20%?


Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat

Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsiha
- See more at: http://www.amalinaahmad.com/2014/11/rapat-dengan-ayah-boleh-membuatkan-iq.html#sthash.xTDO0mDb.dpuf
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
- See more at: http://www.amalinaahmad.com/2014/11/rapat-dengan-ayah-boleh-membuatkan-iq.html#sthash.xTDO0mDb.dpuf
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
- See more at: http://www.amalinaahmad.com/2014/11/rapat-dengan-ayah-boleh-membuatkan-iq.html#sthash.xTDO0mDb.dpuf
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
- See more at: http://www.amalinaahmad.com/2014/11/rapat-dengan-ayah-boleh-membuatkan-iq.html#sthash.xTDO0mDb.dpuf

Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
- See more at: http://www.amalinaahmad.com/2014/11/rapat-dengan-ayah-boleh-membuatkan-iq.html#sthash.xTDO0mDb.dpuf
Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
- See more at: http://www.amalinaahmad.com/2014/11/rapat-dengan-ayah-boleh-membuatkan-iq.html#sthash.xTDO0mDb.dpu

::Amalina 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Monday, 25 May 2015

Kehamilan Yang Ketiga

 Assalamualaikum..

Aduhh lamanya tuan tanah kedaung tak jenguk rumah! ni baru ada kekuatan angkut segala mesin rumput, cangkul bagai nak tebas dan bersihkan balik rumah ni..kesian..

Buat buku merah je terus kena minum air gula..huhu




Cuma nak bagitau, ketika saya post entry ni, alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk merasai peluang hamil lagi sekali, yang ketiga. Alhamdulillah ketika ni kehamilan dah masuk 19 minggu. Betullah cakap orang setiap pengalaman kehamilan adalah berbeza-beza. Sama juga macam saya. Hamil yang ketiga ni alahannya sangat berbeza dan lain macam berbanding dengan dua kehamilan sebelum ni. Mengandung kali ni saya sangat suka makan asam-asam, senang cakap kat dalam peti ais tu sentiasa ada stok buah pelam muda dan kuah rojak untuk menyicah. Lagi satu orang mengandung selalu alami morning sickness kan? Tapi saya rasa saya ni kena evening sickness kot sebab asal petang sampai malam je mesti pahit tekak, pening, loya, muntah-muntah..memang terbaring je terutamanya masa trimester pertama. Pagi-pagi boleh pulak makan segala macam, tak pahit mulut pun.

Limau kasturi + asam boi

Saya detect mengandung ni masa kat Indonesia, pelik sebab en P tak datang-datang kan dah seminggu lebih. Lepastu terus pergi Apotik (farmasi) beli upt test, balik rumah terus test..punyalah tak sabar kan? hihi. Dah agak, naik 2 line! Saya dan suami sama-sama excited dan gembira. Alkisahnya memang plan dah ready nak mengandung, tapi tak sangaka secepat ni, alhamdulillah syukur sangat. Elok-elok 2 tahun dah umur Afnan masa lekat ni =) Masa ni saya di Indonesia, punyalah teringin nak menyicah, makan buah masam-masam tapi kat sana takda musim buah pelam..huhu. Setiap hari saya hanya makan limau nipis salut asam boi je nak bagi hilang teringin tekak ni. Ubat apa pun tak makan, mujurlah saya memang pengguna tegar Shaklee, jadi saya hanya bergantung pada vitamin B Complex dan vitamin C yang ada sahaja. Pernah jugak saya pergi ke farmasi situ tanya vitamin b complex/asid folik untuk hamil tapi diorang cakap takda, diorang cakap ibu hamil kat sana hanya makan ubat yang saya tengok bentuk softgel, fish oil agaknya, apa entah namanya lupa plak.

Masuk kandungan 3 bulan lebih suami hantar saya dan anak-anak balik ke Malaysia, dok di kampung ni senang sikit kan nak chek up, makan vitamin dan yang paling saya suka sebab nak makan apa sahaja yang teringin terus je boleh dapat..Alhamdulillah. Teringin je makan apa-apa pun mesti mak akan masakkan atau cari buah-buah yang rasa nak makan di pasar malam.
Sampai-sampai apa lagi, terus bukak buku pink dan terus kena minum air gula..huhu. Sabar jelah. Lepa tu macam biasa lah rutin chek up ke klinik kesihatan setiap sebulan/2 minggu sekali.

Pelik lah ibu mengandung ni, menghadap skrin handphone lama-lama pun tak boleh, rasa angin naik ke kepala terus nk meloya. Ok jumpa lagi..

Bai

**Doakan saya dapat anak perempuan pulak, dah ada dua hero..mana aci geng abah jer kan. Ummi pun nak ada geng jugak ;)


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Sunday, 30 November 2014

Pabila Fenomena Air Detox...

Assalamualaikum semua..

Air Detox atau Infused Detox Water ni memang amat digemari oleh mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat tanpa mengambil sebarang ubat-ubatan untuk menguruskan badan. Ia sangat berkesan, menjimatkan duit dan yang pastinya sangat mudah nak membuatnya. Perasan tak air detox ni dah jadi fenomena sekarang ni. Sebelum ni fenomena jeruk asam boi, saya yang tengok pun memang teringin sangat nak makan. Dah dapat buat, makan sekali ok la, lepas dah rasa teringin tu. Sekarang ni saya teringin nak buat air detox ni pulak. Iyelah tengok gambar nampak menarik je, macam sedap je..telan air liur kot tengok..hehe. Sebenarnya lama dulu saya pernah buat, tapi just letak buah lemon sahaja dalam air. Ni tengok gambar rupa-rupanya macam-macam boleh campur untuk buat air detox ni. Tapi tengok macam buah-buahan luar je, agak-agak kalau buat buah-buah tempatan jadi tak? Kotla kita campur pisang, nenas, rambutan..agak-agak jadi apa eh?

Air Detox

Bahan yang digunakan untuk membuat air detox ini bergantung pada individu mengikut citarasa masing-masing. Ada yang menggunakan lemon, halia, serai, daun pudina, oren, timun, berry, anngur epal, kulit kayu manis, dan banyak lagi. Rupanya macm-macam kan boleh mixkan.

Kelebihan Air Detox

  • Mengukuhkan sistem imun
  • Mengelakkan sembelit
  • Menurunkan berat badan
  • Menyeimbangkan pH dan gula dalam darah
  • Meningkatkan tenaga
  • Membersih dan membina semula sel
  • Mencantikkan kulit dan wajah


Cara Menyediakan Air Detox

1. Potong bahan-bahan yang ingin digunakan mengikut citarasa anda sendiri

2. Masukkan kedalam jug dan tambahkan ketulan ais

3. Isi air masak sebanyak 1 liter dan tutup jug berkenaan

4. Biarkan semalaman didalam air sejuk


Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi, inilah pilihan yang paling tepat! Get ready lah dating dengan encik tandas keesokannya..hehe

Selamat mencuba!





tengok gambar, macam sedap je kan?

Antara kombinasi yang boleh dicuba

senang dan sangat mudah nak sediakannya

Gambar:ihsan en. google

::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Saturday, 29 November 2014

Rapat Dengan Ayah Boleh Membuatkan IQ Anak Lebih Tinggi


Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibulah biasanya yang lebih risau dan akan menolong anak seboleh yang mungkin supaya anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Ingat lagi sewaktu kecil, ibu turut sama menemani adik lelaki saya mengulangkaji pelajaran jika adik mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. Perasan tak kebanyakkan anak-anak hanya rapat dengan ayah hanya sewaktu mereka masih kecil shaja. Makin besar dan dewasa, masih kurang kemesraan antara ayah dengan anak, kenapa ye? Mungkin bagi anak perempuan, sesetengah masalah rasanya lebih senang bercerita dengan ibu.

Namun ini tidak bererti yang ayah hanya 'lepas tangan' kepada ibu sahaja. Sebenarnya peranan ayah juga sangat penting dalam mendampingi anak belajar. Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Bahkan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa.

Mengapa ayah penting kepada anak? Ayah bukan sekadar membantu anak mengulang kaji pelajaran tetapi menyiapkan mental kepada anak agar lebih yakin untuk menghadapi ujian tersebut. Karektor ayah yang berbeza dengan ibu tentu dapat mencipta corak pembelajaran yang berbeza berbanding ibu. Ciptakan suasana ceria dan menyeronokkan agar anak lebih bersemangat untuk belajar. Oleh itu ibu dan ayah perlu saling bekerjasama membahagi tugas untuk membimbing si kecil menghadapi ujian.


Baca juga:

Set Anak Pintar Shaklee

Kelebihan dan Khasiat Omega Guard Shaklee

Pentingnya DHA Untuk Minda Kanak-kanak





Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
 


::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Wednesday, 26 November 2014

Atasi Gatal Nyamuk Dengan Krim Herbal Blend Shaklee

 Assalamualaikum..

 Hari ni saya nak buat review pasal krim herbal blend dari Shaklee. Sebenarnya ini pertama kali saya guna. Sebelum ni memang saya dah selalu dengar pasal krim serbaguna ni, tapi belum berkesempatan untuk mencubanya lagi. Krim herbal blend ini elok untuk kulit ruam-ruam dan jika bayi mengalami melecet pada kulit disebabkan ruam lampin. Krim ni memang menjadi pilihan ramai terutamanya ibu-ibu. Sebab itulah tak hairan kenapa krim ni sentiasa kehabisan stok. Dan bila ada stok pun, kadang-kadang tu dalam masa beberapa hari je dah boleh habis stok balik, ini kerana masing-masing akan borong krim serbaguna ni.

Saya guna krim ni untuk atasi gatal-gatal disebabkan gigitan nyamuk Maklumlah bila balik kampung, nyamuk kat sini tak kira masa, bukan malam je ada nyamuk, siang hari pun nyamuk banyak kalau main kat luar rumah. Habis anak-anak saya tergaru-garu dek kerana nyamuk ni. Kalau main pagi atau petang, memang nyamuk tengah keluar la masa ni kan. Habis berbintik-bintik tangan dan muka kena gigit nyamuk. Biasalah rumah tok dan tokwan dikelilingi pokok kan..hehe.  


Mujurlah saya ada beli krim herbal belend Shaklee ni. Memang dah tak risau lagi dah.
Tengok je bekas gigitan nyamuk atau bila anak-anak tergaru-garu tu terus saya sapukan krim ni. Lepas sapu cepat je kesan gigitan tu hilang, anak-anak pun tak tergaru-garu lagi dah. Memang saya suka sangat la krim ni. Kita akan rasa sejuk je bila sapu krim ni. Sangat rekomen pada anda diluar sana, wajib ada satu simpanan dalam handbag supaya senang dibawa ke mana-mana.

Antara fungsi lain Krim Herbal Blend Shaklee:
  • melembutkan kulit/tumit yang kasar
  • Merawat ruam susu/ruam panas/ruam lampin
  • Menghilangkan luka dan merawat ekzema
  • Melegakan gigitan serangga/nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Menghilangkan parut jerawat/parut chicken pox
  • Losyen harian untuk kulit kering
  • Krim urut untuk badan lenguh
  • Merawat kesan luka melecur
  • Melegakan badan/kepala ketika tidak sihat   

Harga Rm 27.50
4 oz/113 g



Nak jimat dan dapatkan harga diskaun 15-20%?


Hubungi saya untuk maklumat lanjut!
Pengedar Shaklee Anda
ID 1065850
Facebook : Amalina Ahmad
SMS | WhatssApp : 012-4341649
Emel : mellyna35@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/Jomsihat
 







::Lin 012-4341649 (sms/whatsapp) ::emel ke mellyna35@yahoo.com :: Fb Amalina Ahmad Shaklee Independent Distributor **Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit**

Jom la klik